Ini hanya kisah yang aku ingin titipkan untuk melegakan perasaan hati. You are pleased to read but not to judge without knowing me.
RSS

Saturday, October 29, 2011

Jom Isi Minyak! Hehe.

Salam dan Haiiii! :D

Nak dengar satu cerita tak? Hehe.


Teringat suatu waktu dahulu. Masa aku kecil-kecil.

Pantang Abah bersiap kacak-kacak. Pasti, aku orang pertama bertanya,

"Abah, nak pergi mana?"

Kalau tidak diberi ikut, aku menangis macam apentah. hahaha. Mengada! Kelakar pun ada.

Dulupun, akulah orang yang paling rajin teman abah isi minyak. Bukan buat apa pun. Duduk sahaja dalam kereta sampai tangki minyak penuh. Haha. Seronok tahu! Lagi-lagi, bila abah isi minyak waktu malam.

Malam-malam, sejuk! Tengok lampu-lampu yang cantik.

Dan, aku juga 'awek kecil' abah. Selalu juga abah bawa aku pergi ngeteh. Ummi ditinggalkan. Wakaka~

Selalunya, abah akan bawa kat tempat makanan baru. Macam baru-baru nak cuba. (emm mungkin sebab itu kot aku suka rasa makanan baru, dan SUKA MAKAN. hehe)

Berlakulah perubahan zaman.

Aku bukan lagi anak kecil itu. Aku sudah menjadi sedikit dewasa.

>>>>


Ramadhan 2011. Selepas solat terawikh.

"Adik....Abah nak isi minyak ni."

"Ok. Hati-hati."

"Taknak ikut ke?"

"Taknaklah. Malas. Hehehe."

"Abah nak pergi ngeteh sekali."

"Hehe. Alaaa. Adik nak tengok tv ni."

Dia berjalan ke dapur ke depan. Tak gerak-gerak lagi untuk mengisi minyak.

"Abah tak pergi lagi? Dah malam ni."

"Em jap lagi."

Berjalan ke depan ke dapur lagi. Sambil mencuri pandang ke arah aku.

"Oklah. Jom Abah. Adik ikut," kataku. Dalam hati, adeeehh! Malasnya nak bersiap semua. Nak pakai tudung, baju lengan panjang.

Lantas, dia senyum.

Haha. Mungkin taktiknya berjaya.

Dalam kereta, aku bercerita benda yang biasa. Lesen kereta. Belajar. 'Hasut' dia suruh jangan bawa van sekolah lagi. Lampu-lampu sudah menjadi perkara biasa. Tidak macam masa aku kecil dahulu. Ada je mulut ini bertanya itu dan ini. Ada je perkara yang aku tak faham. Budak-budak kan. Cerita pun, benda yang comel-comel. Hahaha!

Terasa macam nak diputarkan waktu. Tapi, itu mustahil. Amat mustahil.

Rindu zaman kanak-kanak.

p/s: dah besar ni, rasa lain sangat. Banyak tanggungjawab. Yooooooosssssssshhhh!!!!! :D
Read More . . .

Wednesday, October 26, 2011

Tahun Dugaan

Bismillahirrahmanirrahim...

Seperti kata cinta dari Dia, (Al Baqarah 286)

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

Malahan, Dia turut selitkan doa yang baik untuk diamalkan dalam kata cinta yang sama;

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma`aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

Sungguh...

Aku tak sangka. Aku diduga sebegini rupa. Mungkin, ujian ini untuk mendekatkan aku kepadaNya. Kalau begitu, Alhamdulillah.


22 April 2011 (hari lahir Ummi), malam 23 April 2011

"Aduuuuh! Bang...Bang... Abang tampar saya ke?"

"Aeh...takdela."

"Bang...bang....huhu bang....Kenapa dengan mulut saya ni bang..? kenapa dengan muka saya ni bang? Kenapa dengan tangan kanan saya ni bang..? Bang... Bang.. uu aa uuu aa (butir-butir kata yang seterusnya tidak difahami)"

Abah terus mengambil minyak panas mengurut Ummi. Rupanya Ummi mendapat sakit strok. Lumpuh sebelah kanan bahagian anggota badannya. Setelah itu, Ummi tidak mampu bergerak sendiri. Memerlukan bantuan kerusi roda. Perlu diurut setiap hari.

Tapi, Alhamdulillah. Berkat kesabaran Ummi dan semangat yang tinggi, Ummi sekarang mampu berjalan sendiri. Tapi, secara perlahan-lahan. Tidak selincah dahulu.


30 Ogos 2011, 1 Ramadhan 1432H

Aku macam sakit-sakit sikit. Tapi, yakdelah teruk sangat. Cuma mungkin menyedihkan aku untuk masa akan datang. Harap aku tabah.


1 September 2011, 3 Syawal 1432H (Ulangtahun Perkahwinan mereka dalam Islam), Khamis malam Jumaat

Abah pergi tinggalkan kami. Sepertinya mimpi. Sekejap sangat.

Sedangkan orang yang hidup bersama selama 30tahun, sedih, apatah lagi Ummi yang hidup bersama Abah hampir 50 tahun. Kesedihan kami bertambah-tambah dengan suatu ujian lain (dirahsiakan).

Aku akan cerita sikit-sikit nanti.

Ok. Assalamualaikum. :)
Read More . . .

Tuesday, October 25, 2011

Kembali.

Salam.

Lama x menulis apa-apa di ruangan ini.

Kali ini kembali dengan banyak luahan.

Banyak cerita.

Banyak ragamnya.

Banyak dugaan.

Banyak tanggungjawab.

Dan banyak lagi.

Sekian untuk kali ini.

=)
Read More . . .