Ini hanya kisah yang aku ingin titipkan untuk melegakan perasaan hati. You are pleased to read but not to judge without knowing me.
RSS

Tuesday, November 22, 2011

Password

Assalamualaikum...

Ya Allah.
Semoga sakit yang Engkau timpakan ke atas aku ini mampu menghapuskan dosa-dosaku.
Amiin.

Ok. Ada apa pada "password"?

Selalunya, benda ini, kita tak beritahu sesiapa.
Sebab mungkin, rahsia kita, duit kita, etc.

Nak dijadikan cerita, masa Ramadhan 2011, Abah tiba-tiba sahaja memberitahu password kad bank beliau.

Aku macam pelik juga. Yelah...Tiba-tiba beritahu password kad bank! Kad bank you... Tapi, aku ni, kalau macam rahsia-rahsia ni, selalunya, aku macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tak ambil kisah. Tapi, masih dengar apa yang diperkatakan oleh Abah.

"Adik....Abah senang je letak password Abah... @#$%^!@#$%^&!@#$."

(Muka pelik). "Oh. Adik pula !@#$%^&*()."

Beliau senyum.

Rupanya, beliau nak aku tahu password dia tu. Supaya senang aku nak uruskan segala hal selepas ketiadaannya.

:'((

Memang sedih.

Abah macam tahu je....

Itulah. Kadang-kadang aku fikir, kalau aku tiada nanti, siapa yang akan update blog aku?
Siapa yang tahu password aku semua?

Macam nak buat surat wasiat sahaja....Macam ada harta yang berharga je lagaknya kan? Haha.

=)
Read More . . .

Monday, November 21, 2011

Sakit

Aduuuuhhh!!

Hati aku menjerit kesakitan.

Sedih.

Aku memang terasa sangat kehilangan.

Bagi kakak-kakakku dan abang-abangku yang lain, mungkin tak fikir seperti aku. Sebabnya, mereka punya keluarga sendiri.

Ini membuatkan aku terasa nak cari kerja secepat mungkin selepas habis belajar di Penang ini. Sakit kamu tahu. Sakit.

Masa aku balik cuti semester break hari itu...

Macam-macam berlaku.

Takpe. Biarkan aku pendam itu sendiri.

Kalau boleh, habis je belajar, aku dah dapat kerja. Yang penting dekat dengan rumah aku. Dekat dengan Ummi dan Abanglongku.

Biarlah.

Selepas ini, aku taknak harap pertolongan sesiapa lagi.

Semoga Allah permudahkan segalanya.

Sebab aku sakit! Aku sedih! Aku terasa sadis lihat Ummi dan Abanglong ku bersendirian di rumah.

ya Allah.
Jika ini yang terbaik, tolong permudahkan segalanya.

Amiin. 

Aku tahu Ummi manja. Aku tahu Ummi cerewet. Tapi, semua itu sebab Ummi rindu kat Abah.
Aku rasa itu.

Banyak rahsia yang aku diamkan. Banyak benda yang aku pendamkan.
Harap, benda ini tak akan meletup pada masa kini dan masa akan datang.
Harap, aku dapat selesaikannya secepat mungkin, jika diizinkan olehNya.

ya Allah. Tolong bantu aku. :D
Read More . . .

Sunday, November 20, 2011

Kita Hanya Tinggal Ummi. :)

Salam Semua. :)


Sihat? Alhamdulillah.

Pertama sekali, adik memohon maaf sekiranya menyusahkan kakak-kakak dan abang-abang sekalian. Berat rasanya hati ini semasa meninggalkan Ummi dan Abanglong di kampung.

Ya. Adik faham sangat. Kakak-kakak dan abang-abang sudah punya komitmen lain. Baik dari segi kerjaya, keluarga, kewangan dan hal-hal lain.

Memang lah adik tahu yang kakak-kakak dan abang-abang faham itu semua. Tapi, mesti terdetik di hati kalian "ummi mengada dan manja!".

So true enough.

Ummi memang macam itu semenjak dulu lagi dan bertambah-tambah apabila dia mendapat sakit strok. Adik dah rasa dan alami sendiri. Tambahan, umur ummi yang semakin menginjak ke alam warga emas. Normal itu semua. (kita ni je tak tahu macam mana nanti bila dah tua)

Kalau dahulu, tidak mengapalah. Sebab ada Abah, suami yang sentiasa di sisi, memujuk. Tapi, sekarang, Ummi hanya ada kita. Tempat untuk mengadu. Tempat untuk bermanja.

Rasanya kalian sudah cukup masak dengan perangai Ummi yang macam berdrama. Tapi, tak. Ummi memang manja! Ini serius. Sebab itulah, abah, sebagai seorang suami yang memahami melayan sahaja karenah Ummi.

Adik pernah mendapat satu nasihat dari Abah...Masa ini, adik mengadu kat abah pasal ummi.

"Abah faham sangat dengan Ummi. Kalau Ummi tengah marah atau membebel, Abah akan diam dan bangun pergi tempat lain."

Tapi, biasalah kita kan...Kononnya anak yang lebih pandai dan lebih tahu dari orang tua, suka sangat nak jawab balik. Kalau takpun, masam mencuka.

Adik juga selalu dengar Abah cakap macam ini kat Ummi..

“Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita.”

Biasalah. Ummi kan perempuan. Sensitif melebihi sikit dari lelaki. Tapi, nasib baik, Abah cool.

Tapi, sekarang kan abah dah takda. Ummi nak mengadu kat siapa lagi? Ummi nak bercerita kat siapa lagi? Ummi nak bermanja kat siapa lagi?

Kat kita lah sudah tentunya. :)

Abanglong pula... Waah! Biasalah. Dengan mandi lambatnya. Kencing setiap malamnya. Makan bersepahnya.

Kita mungkin tak nampak semua itu dahulu.

Bila Abah dah takda, baru terasa kan? Tambahan pula, Ummi sakit. Dah tak kuat macam dulu.

Kalau diingat-ingat, masa Ummi sihat dahulu, bila Ummi tahu kita nak balik rumah, tentu sahaja malam itu, dia tak tidur malam. Kemas rumah. Tukar cadar. Bagi rumah wangi. Itu masa dia sihat.

Belum cerita lagi bab masak.

Macam-macam beliau sajikan kita dengan air tangan ibunda. Sedap pula tu. Kita pun buat tak sesedap macam itu. Pastu, Ummi siap tanya lagi, "nak makan apa?".

Kita ada tak buat macam tu? (cakap pada diri sendiri)

Tapi sekarang, keadaan sudah berbeza. Sangat berbeza. Beliau sakit. Takda abah. Perit tahu. Kalau beliau sihat, boleh juga sibuk2kan diri buat kerja rumah.

Ini, nak sapu sampah pun tak larat. Termengah selalu. Menggeletar pula tu.

Apa yang mampu, tengok bunga-bunga. termenung. Sebab itulah kadang-kadang beliau mengalirkan airmata. Bukan sedih. Cuma mengenang nasib. Menginsafi diri. memikirkan kesilapan diri. Ujian itu ditanggung sendiri.

Macam terasa beban. Tapi inilah tanggungjawab kita. Tugas kita. Kalau dulu, mungkin kita tak berbakti sepenuhnya pada Abah, menyesal, sedih, makanya, jangan diulangi lagi kesilapan dulu.

Berbaktilah selagi Ummi masih bernyawa.

Jangan nanti, kita menyesal untuk kali yang kedua.
Jangan nanti, kita menjadi orang yang bodoh.

Bak kata Saidina 'Ali r.a.:
"Barang siapa yang harinya sama sahaja seperti hari semalam, sesungguhnya dia adalah orang yang rugi.
Barang siapa yang harinya lebih teruk dari hari semalam, sesungguhnya dia adalah seorang yang bodoh.
Dan barangsiapa yang hari esoknya lebih baik dari hari ini, ketahuilah, dia adalah orang yang beruntung."

Kalau nak cerita, panjang lagi. Tapi cukuplah sampai di sini dahulu.

Ummi:

1. Setiap malam harus dipicitkan badannya, tangannya, dan kakinya. Kalau kita penat sangat, picitkan sahaja bahagian sebelah kanan. Memang kena begitu. Kalau tidak, memang tak boleh tidur.
2. Harus ada makanan yang kecik-kecik. Macam biskut, roti. Sebab nanti, beliau akan rasa lapar. Lunch dan Dinner mmg wajib. Oh ye. Kadang-kadang, dinner Ummi dan Abah sebelum maghrib. Malam nanti, dorang makan yang remeh temeh tu. Buat air panas segelas pun ok.
3. Buat horlick sama ada pagi atau malam. Horlick dibuat tanpa metakkan gula atau susu. 2 sudu besar horlick untuk satu mug.
4. Kalau marah kat Ummi, jangan lama-lama. Buat je tak tahu dengan marah/geram kita tu. Ceritakan benda-benda yang kelakar. Sebab nanti, beliau pun tak ingat sangat.

Abanglong:

1. Kena banyak sabar.
2. Makanan, kalau boleh kena bersuap.
3. Setiap petang kena ada air panas. Tapi, tegur-tegur sikit suruh dia minum air masak. Tak elok untuk kesihatan.
4. Gebar kena basuh setiap hari. Sebab untuk digunakan esok hari.
5. Baju, memang kena basuh setiap 2 hari kalau malas. Sebab memang menggunakan baju yang banyak.
6. Kuku kena selalu potong. Nanti, dia luka-luka.
7. Rambut, kalau perasan dah panjang, kena potong.

Ok. Setakat itu sahaja untuk hari ini.

Minta maaf sangat menyusahkan kalian semua. Adik faham. Papepun, terima kasih atas semuanya.

Kita nak harapkan siapa lagi. Kita-kita aje sekarang ini.
Adik sayang keluarga ini. Sayang sangat.

Doakan adik dapat serap ilmu dengan baik. Maklumlah, membaca ni, bukan kepakaran adik. Cuma kena diasah.

Semoga kita mampu menjalankan tanggungjawab dan melalui ujianNya dengan tabah.

Kita hanya ada satu tabung amalan lagi untuk dipenuhkan. Menjaga kebajikan Ummi.

Sekian. Wassalam. :)

p/s: maaf. coretan terpanjang. hehe. Renungan untuk diri sendiri.
Read More . . .

Saturday, November 19, 2011

Bukan Tak Sedih

Bukan aku tak sedih.

Bukan aku tak nangis.

Tapi, aku sudah terlebih nangis.

Nangis banyak sangat tak elok.

Aku cuba pretend macam aku ok.

Macam aku bahagia.

Macam aku takda rasa apa.

Tapi, aku lupa.

AKu juga manusia biasa.

Masih ada rasa.

Masih ada jiwa.

Hati............

Bangunlah!!!!

Aku harap aku mampu hadapi dugaan ini semua.

p/s: Aku perlu kerja. Walaupun, aku sangat tak bersedia.

7 bulan lagi.

Seriously berdebar.

Sekian. Read More . . .