Ini hanya kisah yang aku ingin titipkan untuk melegakan perasaan hati. You are pleased to read but not to judge without knowing me.
RSS

Wednesday, June 23, 2010

anak pertama

in the name of Allah with a Great of Graceful and Merciful.. =)

setelah peperangan selama beberapa tahun untuk tidur bersama, akhirnya, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang sihat walafiat.. Alhamdulillah.. Anak pertama...
aduhaiii! kebetulan pada waktu itu, incek abah merupakan seorang anggota tentera.. mahu atau tidak, puan ummi mengikut incek abah merantau..tapi, selepas perang dunia tamat, incek abah bersara.

sudahnya, anak itu ditinggalkan kepada arwah tok mak dan arwah tok ayah. Sungguh Allah ingin menguji kesabaran mereka. Sepeninggalan mereka merantau kerana urusan kerja, anak itu menghidapi demam panas. Tahu jelah kan, orang dulu-dulu, mana nak caya nye pada doktor dan ubat-ubatan ini. Jadinya, anak itu dirawat sendiri.

Akibat dari kejadian tersebut, anak itu menjadi lembik seluruhnya. Hal itu, tidak mendatangkan masalah kepada mereka. Mereka tidak pernah berasa malu mempunyai anak seperti itu. Kalau tidak silap, beliau pernah bersekolah di sekolah khas OKU di Kuala Lumpur. Tetapi, x lama. Sebabnya, puan ummi dan incek abah berpindah ke tempat lain pula. Kepada sesape yang baru berjumpa dengan anak itu, rata-ratanya terkejut, takut, simpati, kasihan, menangis dan bermacam ragam. Bagi kanak-kanak pula, mereka ingatkan raksasa. Hahaha ada ke patut. isyh3...Namapun kanak2.. Masih tidak mengetahui lagi.. Biarlah..

Selalunya, puan ummi akan memujuk kanak2 supaya tidak takut dengan berbagai alasan. Antaranya, 'nak, jangan takut nak..ni degil ni masa kecil dulu..main pokok rambutan..pastu jatuh..', 'panjat pokok taugeh, pastu jatuh..sebab itulah anak kena dengar cakap mak ayah..', 'jangan takut nak..abang nih sakit..'. Itulah antara2 alasan yang diutarakan oleh puan ummi.

Bagi anak2 sedaraku, mereka telah didedah ngan abang long sedari kecil. So, persoalan takut itu, tidak akan pernah muncul dalam kepala otak dorang. Ehehehe... Malahan, mereka siap bermain ultraman vs. raksasa lagi.. hahaha..
tapi, abanglong kena jadi raksasa lah..sebab dorang nak bergusti2..haha nakal tul!

Sehingga kini, beliau masih tidak berkahwin. Al maklumlah, dengan keadaan dia yang macam tuh, sape yang berkenan. Tidak mengapalah. Mungkin jodohnya ada di syurga sana. Seseungguhnya, hanya Allah yang lebih Mengetahui.

Kadang-kadang itu, aku rasa geram juga kepada beliau. Bukan ape, kesian kat puan ummi dan incek abah untuk membasuh dan menjemur tilam beliau yang terkena kencing. Adoii! Da besor panjang pun, kencing g. Kalo aku ada di rumah, tidak mengapalah juga. Boleh aku lakukan itu. Tapi, bila aku tiada, xkan nak harapkan puan ummi dan incek abah....Mereka pun sakit-sakit. huhu.. Abang...abang...........

kesian juga sebenarnya. Kekadang bila fikir2, beliau x mampu nak berjalan pantas macam kita. Nak atau tidak, beliau terpaksa kencing di atas tilam itu. uhu~! Kalo aku jadi dia, mesti aku pun sedih. Mana taknye, dahla xleh cakap, pastu, kena marah lak sebab kencing atas tilam. Bukan dia yang minta dijadikan begitu. Inilah antara dugaan dan ujian daripada yang Khaliq. Kami harus menerima dengan hati yang terbuka.

Walau bagaimanapun, beliau sangat memahami. Kondisi beliau ialah tidak boleh bersuara, tidak boleh berjalan. Jadinya, beliau mengesot untuk bergerak ke tempat yang lain, mengeluarkan bunyi jika memerlukan apa2 pertolongan dan memberikan isyarat untuk menyatakan pendapat dan cadangan.

Pernah dahulu, puan ummi dihidapi demam. Tak larat nak bangun. Kebetulan, incek abah keluar atas urusan kerja, jadinya, beliau menjaga puan ummi. Haa....! Mesti pelik kan.. Camne dia nak jaga puan ummi...Boleh ker? Larat ker? Dia buat ape?

Itulah yang mengharukan kami adik-beradik. Beliau berusaha pergi ke bilik air untuk membasahkan kepala puan ummi. Aduhh!! Menangis puan ummi ketika itu. Habis baju beliau basah kerana ingin mengambil air itu. Beliau juga memicit kepala puan ummi dengan keadaan tangannya mengerekot, mengambil bantal di atas para.
Ya Allah....Sungguh Engkau yang Maha Melihat tentang sesuatu itu.. Read More . . .

0 comments: