Alhamdulillah.
Aku dapat panggilan temuduga sebagai Pembantu Makmal C17.
Iya.
Memang tak setanding dengan ijazah yang aku ada. Tapi, kalau itu takdirNya, aku terima. InsyaAllah.
Kata kakakku, xpe bermula dari bawah.
Mungkin ada kata-kata kalau aku dapat kerja ini.
Tapi, buat apa nak peduli kata orang kan?
Tapi, pada masa yang sama, aku mohon jawatan lain juga.
Harap-harap, terpilih.
Aamiin.
Ya Allah.
Tolong jagakan hati aku supaya redha di atas setiap ketentuanMu.
Jangan biar niat ikhlas berubah menjadi sebaliknya.
Aamiin.
:)
Read More . . .
Friday, December 7, 2012
Kerja.
Friday, November 2, 2012
Pertelingkahan.
Aku tak suka kalau aku bertelingkah dengan umi.
Aku takut terkasar bahasa.
Tapi itulah.
Umi selalu salah faham apa yang aku sampaikan.
Sedih.
Mungkin, itu juga apa yang umi rasa pada aku.
Aku salah faham pada dia.
*Sigh.
Macam mana?
Kadang-kadang tu, aku elak dari terus menjadi isu hot dan sensasi.
Tak sanggup!
Tadi, isu nak jumpa doktor saraf atau doktor mata.
Haiih aku pun tak faham.
Kadang-kadang tu rasa, lebih elok berjauhan dari umi.
Takla menambahkan dosa aku yang tersedia menimbun ni.
Wuwuwuw~
Umi.
Maafkan adik.
Adik nak umi sembuh je.
Mana ada anak tak sayang kan uminya.
Adik sayang umi.
Cuma adik geram je dengan umi.
Pantang dengar orang kata, terus nak follow.
Heemmm. Takpelah.
Asalkan umi bahagia.
:')
Read More . . .
Wednesday, October 31, 2012
Hati dan Perasaan.
Sangat tak suka.
Bila kita sayang dan mula cinta kat seseorang dan baru tersedar yang sebenarnya dia tak sayang dan cinta pun pada kita.
What a waste time I've had for all the time I was thinking of him?!
Rasa malu sangat.
Rasa b***h giler!
Seriyes.
Sebab itulah aku tak suka nak mesej dengan dia. Takut akan hatiku dilukai lagi.
Pesanan untuk awak,
PLEASE LEAVE ME ALONE!
Don't you ever show me your concern and caring.
I don't need that.
It just make me hurt.
Please go! Just go!
Wednesday, July 18, 2012
Peluang.
Assalamualaikum.
Ok. Bila student's life dah sampai ke penghujungnya, mulalah fikiran ini duk fikir macam-macam.
Kerja, kerjaya dan kerahan tenaga.
Yeayyh!
Tapi, buat masa sekarang ni, aku tak boleh fikirkan tentang diri sendiri.
Banyak peluang aku ada dan dapat.
Semuanya aku boleh pergi bila-bila.
Tapi....aku punya tanggungjawab yang lebih besar.
Iya. Sangat besar.
Amanah!
Hoho.
Selalu orang cakap, "peluang takkan datang untuk kali kedua".
Tapi, aku harap, akan ada peluang lain untuk aku.
Ya Allah.
Tolong jagakan hati aku.
Aku perlukan sangat petunjuk dariMu.
Tunjukkanlah jalan terbaik untukku.
Hanya kepada Engkau aku berserah dan berharap.
Aamin ya Rabbal a'lamiin.
:')
Read More . . .
Monday, June 4, 2012
FYP lagi
Kisah FYP takkan pernah habis selagi aku tak habiskan segala-galanya.
Iya.
Itu peluang.
Dan peluang itu buat aku rasa bersalah.
Peluang itu buat aku tak tenteram.
Peluang itu buat aku muram.
Aku tak tahu.
Patutkah aku bersedih atau bergembira dengan berita itu?
Aku keliru.
Ditelan mati mak, diluah mati bapak.
Mungkin kerana kurangnya tahajud.
Mungkin terlalu lekanya diri dengan kesibukan dunia.
Ya Allah...
Apakah hikmahnya?
Apakah hikmahMu?
Semoga aku diberikan kesabaran terhadap ujianMu ini.
Rabbi yassir wala tu 'assir.
:)
Read More . . .
Wednesday, May 2, 2012
Surat untuk U!
U...
Thursday, April 12, 2012
Tabah!
Aku balik rumah sekejap.
Ponteng dari 'kesibukan' lab.
Tapi, ummi tak berapa sihat.
Ya Allah.
Kau berikanlah ummi kekuatan. Janganlah kau lemahkan hatinya. Tingkatkanlah imannya.
Pantang aku termenung.
Wajah abah menerpa.
Gerak kerja, gaya abah menjelma.
Sabarlah duhai hati.
Jangan lemah sangat.
Sila kuatkan semangat.
Air mata turun tanpa dipinta.
oh! 'Tsunami' semalam, begitu mendebarkan.
Nasib baik, Allah tak timpaka betul-betul.
Itupun, masih ada yang alpa.
Aku harap, aku mampu melakukan semua perkara kerana Allah.
Ya Allah Engkau dekat.
Aku tahu itu.
Semoga Engkau tidak pernah lupakan kami ini, hambaMu yang lemah dan hina.
*apa yang terlintas, itulah tercoret. Sangat random.
Read More . . .
Thursday, February 23, 2012
#1 Ikhtilat