Ini hanya kisah yang aku ingin titipkan untuk melegakan perasaan hati. You are pleased to read but not to judge without knowing me.
RSS

Sunday, January 1, 2012

Kronologi 2011

Januari-April
Berpraktikal di sebuah jabatan kerajaan.

April
Mendapat berita yang mengejutkan.
Ummi diserang strok semasa hari lahirnya.

Mei-Julai
Menjadi seorang anak rumah tangga.
Tiada apa yang dikesalkan.
Malahan bahagia.
Sedih melihat keadaan Ummi.

Jun
Berita mengejutkan lagi.
Musibah menimpa keluarga kami.
Sabar diterapkan.
Kami diuji lagi.

Ogos
Berpuasa di rumah.
Mendapat satu penyakit.
Tapi taklah serius.
Tapi, tetap sedih sepanjang bulan.
Lindungi kesedihan daripada orang luar.
Sakit...Siapa yang menginginkannya kan?

September
Bulan Raya.
Hari Ulang Tahun perkahwinan Abah dan Ummi.
Abah pergi meninggalkan kami.
Diam.
Sunyi.

Oktober
Kembali ke YuEsEm.
Belajar.
Hati rawan.

November
Hari kelahiran.
Balik sekejap.
Dapat hadiah 'istimewa' daripada Abang Long.
Projek tahun akhir bermula.

Disember
Bulan test.
Test teruk.
Sedih.
Harus bangkit semula.
Curi pulang balik minggu belajar.
Kehilangan simcard.
Handphone dapat ambil semula.
Bersedia untuk menghadapi exam.

Tahun 2011.
Aku diuji dengan kesabaran.

Awal Tahun 2012.
Aku diuji dengan kesabaran. Lagi.

Mungkin aku belum cukup sabar menjadi seorang hamba Allah yang sabar.

"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar."
(Surah An-Nahl 16: 126)

Marilah kita menjadi hambaNya yang SABAR.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian-kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan KESABARAN."
(Surah Al-Asr 103: 1-3)
Read More . . .

0 comments: